Make your own free website on Tripod.com

Sinopsis

Buku ini merakamkan detik detik terakhir Al-marhum Dato Fadzil Noor.Al - marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor merupakan seorang tokoh dan pemimpin yang hebta. Perjalanan terakhiur beliau ke alam Baqa disambut dengan kesedihan jutaan manusia di seluruh negara , malah turut dirasai kesedihannya adalah pemimpin - pemimpin gerakan Islam sedunia yang menyampaikan ucapan takziah melalui Ustaz Hadi.

Pengaruh beliau amat besar . Pengorbanannya kepada perjuangan Islam amat bermakna. Beliau meninggalkan sebuah warisan perjuangan yang penuh dengan susur galur dan sukar ditempuhi.

Seperti kata Ustaz Hadi pada malam tersebut, sebelum al-marhum dikebumikan, 'Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah mengakhiri hayatnya dalam perjuangan Islam. Nasib kita belum tentu lagi,"

Kepada keluarga al- marhum Ustaz , terutama Kak Jah, Huda dan suami , Ammar dan isteri, Muna dan Sabkhi, Faiz dan isteri,Salwa, Fawwas dan Anas, walaupun perginya Ustaz tanpa meninggalkan harta yang banyak , namun warisan ilmu, amal dan perjuangan al-marhum merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan akan dikenangan ke akhir hayat:Al-Fatihah

 

(Buku ini disusun oleh Zabidi Bin Morad dan diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu,Kedah. )

Menu Utama